Penjana Senarai Main AI
Bagaimana untuk mencipta senarai main dengan Penjana Senarai Main AI?
Bersedia untuk menemui senarai main yang disesuaikan khas untuk anda? Hanya buka tab Senarai Main dan pilih butang Senarai Main AI. Terangkan apa yang anda cari - genre, suasana, alat muzik atau butiran khusus lain - dan biarkan AI melakukan keajaibannya. Setelah senarai main anda sedia, anda akan menerima pemberitahuan dan ia akan dipaparkan dalam tab Senarai Main untuk anda nikmati.
Contoh Gesaan
"Senarai main indie santai dengan vokal yang mengasyikkan dan rentak elektronik minimalis untuk membantu saya bertenang."
"Saya mahukan campuran lagu untuk perjalanan jauh yang menggabungkan lagu hit country yang rancak dan rock lembut yang penuh nostalgia."
"Gabungan lagu ambien dan neo-soul yang menenangkan untuk membaca pada lewat malam."
Cuba pelbagai gesaan untuk mendapatkan gabungan lagu sempurna yang sesuai dengan citarasa anda. Sama ada anda mahukan lagu yang penuh bertenaga atau alunan santai yang menenangkan, Penjana Senarai Main AI akan menyediakan pilihan yang disesuaikan untuk anda, hanya di hujung jari. Selamat menikmati muzik!